Apa Jua Fitnah, Akar Umbi Benteng Kekuatan UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian tetap istiqamah walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilontarkan terhadapnya.

Menerusi catatannya di Facebook, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan biarpun daripada pelbagai sudut lontaran berkenaan baik dalaman mahupun luaran kekuatan sebenar UMNO daripada akar umbi.

“Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam UMNO dari setiap sudut dalaman dan luaran dihamburkan bertubi-tubi kepada saya. Kekuatan UMNO sebenar dari benteng-benteng di akar umbi,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk seterusnya menegaskan sungguhpun pimpinannya cuba dihancurkan benteng yang ada tetap kukuh.

“Biarpun pemimpin-pemimpinnya cuba dimusnahkan, namun bentengnya tetap utuh,” tegasnya.

UMNO terus menjadi tumpuan apabila pelbagai perkara cuba dikaitkan dengan parti berkenaan dan serangan demi serangan seperti tohmahan terhadap kepimpinan utama parti bermain di media sosial.

Whatever bad dispositions, UMNO stands tall

UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi took a firm stand despite the various accusations and slanders leveled against him.
Through his Facebook post, the Barisan Nasional (BN) chairman stressed out that no matter how bad he was battered, both internally and externally, UMNO’s real strength is from the grassroots.
“I remain steadfast despite the slanderous bullets and UMNO-bashing tactics by many quarters against me. The real strength of UMNO is from the grassroots,” he said.
Zahid, who is also Member of Parliament for Bagan Datuk, further stressed that although there were attempts to weaken the party, it remain strong.
“Even though the leaders are faced with unscrupulous and dirty tactics to break them apart, the fort is still intact,” he said.