KWSP.. Akhirnya Kerajaan Akur Dengan Desakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, akhirnya kerajaan ini akur dengan desakan rakyat yang telah menyuarakan keperluan mereka untuk mengeluarkan wang caruman sendiri di dalam akaun 1 tanpa pra syarat.

Ulasnya, inilah antara permintaan utama UMNO didalam belanjawan tempoh hari.

“Kita tetap mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana akhirnya akur dengan permintaan ramai rakyat yang sangat terkesan dengan kemelesetan ekonomi sekarang ini.

“Saya cuma menyeru agar permintaan kedua mengenai moratorium automatik diberi pertimbangan sewajarnya juga… berdoalah kita. Saya tetap dengan pendirian asal agar kedua-dua permintaan di atas dapat diluluskan. Ini bukan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.

Tambah Zahida lagi, rakyat mengharapkan kerajaan dapat mengunakan kuasa mereka untuk melaksanakan permintaan-permintaan ini demi kelestarian kehidupan rakyat yang rata rata menghadapi kesulitan teramat sangat.

“Walaupun kerajaan terpaksa ‘mengorbankan’ hanya seorang (bekas CEO KWSP) untuk menjayakan sepenuhnya sekim I-Sinar saya berpendapat kos nya memadai untuk memastikan rakyat terus dibantu.

“Syabas kerana perihatin. Diharap para menteri yang begitu ramai dapat juga mencontohi langkah ini,” ujarnya – UMNO Online