Pemuda UMNO, PAS Bersama Gerakkan Agenda Sanitasi Kawasan Tumpuan Awam

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia telah bersepakat menggerakkan secara bersama jentera Pemuda UMNO dan PAS di seluruh Malaysia untuk menjalankan inisiatif sanitasi atau nyahkuman secara percuma bagi mencegah virus COVID-19.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, fokus gerak kerja bersama ini akan ditumpukan di kawasan awam terutamanya masjid, surau dan rumah ibadah termasuklah sekolah-sekolah menjelang pembukaan sesi persekolahan.

“Bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan inisiatif ini, Sukarelawan Skuad Sabil Pemuda UMNO dan Jabatan Amal Malaysia seluruh Parlimen akan turut digembleng dan digerakkan secara bersepadu.

“Mudah-mudahan kesepakatan dan kerjasama ampuh melalui usaha murni antara Pemuda UMNO dan PAS ini dapat membantu rakyat bagi mengurangkan risiko terdedah kepada ancaman pandemik COVID-19. Moga khidmat bakti dan kerja amal yang dilakukan secara bersama ini diterima Allah sebagai amal soleh yang diredaiNya jua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Senator Ir. Ts. Hj Khairil Nizam Khirudin berkaitan hal tersebut dan memaklumkan bahawa persetujuan ini telah dibuat dalam Mesyuarat Muafakat Nasional baru-baru ini. – UMNO Online

Pemuda and PAS youths joint hands in sanitation

KUALA LUMPUR, Feb 26 – Pemuda and PAS  Youth have agreed to jointly mobilize both party’s machinery nationwide to carry out free sanitation or decontamination initiatives to prevent the COVID-19 virus.
Pemuda UMNO chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the focus of this joint work will be focused on public areas, especially mosques, suraus and houses of worship, including schools ahead of its opening sessions.
“To ensure the success and effectiveness, Pemuda’s Sabil Squad volunteers and the charity department in all Parliamentary constituencies will be mobilised.
“Hopefully, the agreement and strong cooperation through the noble efforts between Pemuda and PAS can help the people to reduce the risk of being exposed to the threat of COVID-19 pandemic. May the devotional service and charity work done together be accepted by Allah as a good deed that pleases Him as well,” he said.
He said this in a joint statement with the PAS Youth Council chief Senator Ir. Ts. Hj Khairil Nizam Khirudin. The agreement was achieved in a recent meeting.