UMNO Tiada Kerjasama Dengan PPBM Dalam PRU-15, Kebersamaan Dalam PN Hingga Parlimen Bubar

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah sebulat suara bersetuju untuk Presiden UMNO mengutuskan surat kepada Presiden PPBM bagi menyatakan keputusan bahawa tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15 dan UMNO berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Jelasnya, sejak dari awal, UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat.

“Justeru, keputusan ini dicapai setelah mengambil kira pandangan akar umbi dan mempertimbangkan secara cermat, buruk baiknya keberadaan dalam Kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu beliau menjelaskan bahawa satu perjumpaan khas antara UMNO, PPBM dan PAS yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti telah diadakan pada 15 Februari 2021.

“Di dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar UMNO membuat pendirian jelas berkenaan kedudukan kerjasama dengan PPBM sebelum sebarang perundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi PRU ke-15.

“Bagi maksud tersebut, Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat, 19 Februari 2021 untuk membincangkan lanjut hasrat YAB Perdana Menteri tersebut,” katanya lagi. – UMNO Online

Download (PDF, 424KB)

No to PPBM in GE15, stay in PN until Parliament dissolved

KUALA LUMPUR, March 4 – UMNO Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan today confirmed that UMNO Supreme Council has unanimously gave consent to the party President sending a letter to PPBM President of its decision not to cooperate with PPBM in GE-15, but will remain in Perikatan Nasional government until the Parliament is dissolved.
He said, it is clear that right from the very beginning UMNO has always adhered to the concept of honesty and sincerity in a political alliance.
“This decision was derived at after taking into account views of the grassroots and considering carefully the pros and cons of being in the Government when the people are facing the COVID-19 pandemic,” he said in a media statement.
Earlier, he explained that a special meeting between UMNO, PPBM and PAS represented by the top five leaders of each party was held on 15 February 2021.
“In the meeting, the Prime Minister and President of PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin has asked UMNO to make a clear stand on cooperating with PPBM before negotiation on seat allocation for GE15 can be held.
“For that purpose, the UMNO Supreme Council had deliberated it on Friday, February 19, 2021 to discuss the Prime Minister request,” he said.