Isu Kalimah Allah: Hormati Fatwa Institusi Agama Bukan Fatwa Politik

SEMEMANGNYA semua berhak memberikan pandangan agama dalam isu Kalimah Allah termasuk individu-individu yang mewakili pelbagai organisasi NGO mahupun parti-parti politik.

Walau bagaimanapun, harus diingat prinsip Islam sebagaimana yang digariskan dalam kaedah fekah berikut mengisyaratkan bahawa akhirnya FATWA atau pandangan hukum yang harus diutamakan adalah yang ditetapkan oleh institusi Islam yang diiktiraf Pemerintah ‘Ulil Amri’. Fatwa insitusi inilah yang bersifat pemutus dan harus dijadikan panduan utama.

حُكْمُ الحَاكِم يَرْفَعُ الخِلَاف

‘Ketetapan yang diputuskan Pemerintah, mengangkat segala kekhilafan (perbezaan pandangan)’

Moleklah semua dapat rujuk fatwa-fatwa yang telah diputuskan di peringkat Persekutuan dan terutamanya Negeri-Negeri yang berkuasa penuh dalam Hal Ehwal Agama Islam.

Dikongsikan Fatwa-fatwa institusi-institusi Agama di peringkat Persekutuan dan Negeri-Negeri sebagaimana berikut:

Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 5-7 Mei 2008 adalah berbunyi:

Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15329

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2008 adalah berbunyi:

1. Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/11433

Fatwa Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 2008 adalah berbunyi:

1. Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan sama ada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atau memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam No.5 tahun 1989 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

2. Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam No.5 tahun 1989.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12138

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 2008 adalah berbunyi:

“Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.”
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10945
Fatwa Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan pada 2008 adalah berbunyi:

1. Lafaz Allah [Lafz Al-Jalalah] merupakan kalimah suci yang khusus untuk agama dan umat Islam sahaja, dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.

2. Wajib bagi umat Islam menjaga lafaz ini dengan cara yang terbaik.

3. Bahawa sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Bahawa empat [4] perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaan oleh orang bukan Islam.

5. Bersetuju supaya diadakan dan dikuatkuasakan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sepertimana di negeri-negeri lain.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12103

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 2009 adalah berbunyi:

Bahawa lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15829

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 2010 adalah berbunyi:

Bahawasanya penggunaan “Lafzul Jalalah” iaitu kalimah Allah hanya khusus dan eksklusif untuk umat Islam sahaja. Agama selain daripada Islam adalah tidak boleh dan dilarang menggunakannya dalam apa jua bentuk penerbitan bertulis, media cetak, media elektronik, audio visual dan yang seumpamanya.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10944

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada 2010 adalah berbunyi:

i) Bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

ii) Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12065

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 2010 adalah berbunyi:

(i) Penggunaan Kalimah Allah hanya dikhususkan kepada umat Islam;

(ii) Mana-mana penganut selain daripada penganut agama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah untuk sebarang tujuan atau maksud;

(iii) Orang-orang yang bukan beragama Islam adalah dilarang daripada menggunakan kalimah Allah dalam apa jua penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/11448

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada 2012 adalah berbunyi:

1. Bahawa lafaz “Allah” merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan dalam apa jua cara atau bentuk atau disamakan dengan agama-agama yang bukan Islam.

2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa di dalam Negeri Terengganu.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12394

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Negeri Sembilan pada 2016 adalah berbunyi:

1. Bahawa kalimah “Allah” merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan kalimah itu tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.

2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam melindunginya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlulah diambil mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.
Sumber: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15798

Begitu juga dengan Bahagian I Jadual Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam Kelantan 1981 yang menyenaraikan ‘Allah’ sebagai salah satu daripada 24 perkataan yang tidak boler dikaitkan dengan ugama bukan Islam.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Respect fatwa on ‘Allah’, don’t politicise it

IT IS everyone’s right to give their views on the issue of ‘Allah’, including NGOs and political parties.
However, bear in mind that Islamic principles rules that the FATWA or legal view on any religious matter should be preferred.
We refer to the fatwas that have been decided at the Federal and States levels by the authorised authority in Islamic Religious Affairs. Fatwas of religious institutions are as follows:
The Fatwa Muzakarah of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia on 5-7 May 2008 reads:
Lafaz Allah is a sacred word that is specific to Muslims and cannot be used or equated with other religions. Therefore, it is obligatory for Muslims to take care of it in the best way and if there are elements of insult or abuse of the word, it should be blocked in accordance with the provisions of the law enshrined in the Federal Constitution.
The fatwa of the Selangor State Fatwa Committee in 2008 reads:
It is a sacred word that is specific to Islam and cannot be used or equated with other non-Muslim religions.
So are other, namely:
Pahang –  http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa /fatwa/find/pr/12138
Similarly, Part I of the Schedule to the Control and Restriction of the Expansion of Non -Muslim Religions of Kelantan Enactment 1981 which lists ‘Allah’ as ​​one of the 24 words that are not associated with non -Muslim religions.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
UMNO Youth Chief