Keputusan BN Tepat, PN Sekarang Didukung Individu Pelbagai Masalah

PERIKATAN Nasional menerima sokongan 3 ahli Parlimen PKR baru-baru ini.

Demikianlah strategi mereka untuk mengukuhkan PN. Namun yakinlah, semua itu akhirnya hanyalah strategi untuk menunda kejatuhan PN, bukan memperkasakan PN.

Tiada pergerakan politik yang dibina dengan pendekatan tidak bermoral sebegini akan mampu bertahan.

Semua pergerakan politik hanya akan kukuh dan berkelangsungan dengan kerja keras dan keyakinan pada nilai yang diperjuangkan.

PN ditubuhkan tanpa ideologi dan kejelasan perjuangan dan sehingga waktu ini Malaysia tidak menjadi lebih baik dari sewaktu diperintah oleh PH. Semua ini adalah ramuan untuk kegagalan yang pasti.

Berapa lama pun PN berusaha untuk memanjangkan hayatnya, mereka akhirnya akan kembali kepada rakyat juga untuk menentukan masa depan.

Mungkin PN lupa bahawa Malaysia dan rakyatnya telah jauh berubah. Pengundi Malaysia telah menjadi sangat ‘sosphiticated’.

Penilaian rakyat pastinya adalah pada wibawa dan harga diri pemimpin yang akan mewakili mereka.
Mereka lupa bahawa BN suatu dulu sangat lebih kukuh dan berkuasa dari keadaan PN sekarang, tetapi boleh ditewaskan juga.

Sebabnya tidak perlu saya huraikan. Semua orang tahu betapa berupayanya BN memerintah. Tetapi apabila rakyat membuat keputusan, mereka mempunyai pelbagai dimensi dan pertimbangan.

PN sekarang menjadi perikatan dengan dukungan pelbagai individu bermasalah. Percayalah, mereka ini hanya ingin menyelamatkan diri mereka dan bukan PN. PN akan terbeban dengan masalah semua individu ini akhirnya.

Maka sangat tepat untuk BN menjauhkan diri dari semua ini. Kerana BN ingin menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya, bukan PN dan sekutunya yang telah menjadi masalah kepada Malaysia.

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
Naib Presiden

BN is better, PN now full of hooligans

PERIKATAN Nasional got the support of 3 PKR Members of Parliament (MPs) recently. Such is their strategy to strengthen PN but rest be assured, its a strategy to delay the fall of PN, not to empower it.
No political movement comprising such immoral characters will survive. It will only be strong and sustainable with hard work and confidence.
PN was established without ideology and clarity of struggle and until now, Malaysia has not been better than when it was ruled by PH. Both are failures.
No matter how long PN tries to prolong its life, they will eventually return to the people as well to determine the future. Perhaps PN has forgotten that Malaysia and its people have changed a lot. The voters have become very ‘sophisticated’.
They people assess the government and its performance, especially the leaders. They forget that BN used to be much stronger and more powerful than the current PN, but it can be defeated.
No need to elaborate the reasoning. Everyone knows how strong BN was in power but when people make decisions, they must have many dimensions and considerations in doing so.
PN is now an alliance with the support of various troubled individuals. Believe me, these people just want to save themselves (from the hands of law) and not from PN. In this manner, PN will eventually be burdened with their problems.
So it is very appropriate for BN to stay away from all this. Because BN wants to save Malaysia and its people, unlike PN and its allies who have created so many problems for the country.

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
UMNO Vice-President