Sukarelawan Puteri UMNO Akan Bantu Bakal Penerima Vaksin COVID-19 Melalui MyVac

MENERIMA banyak permintaan daripada bakal penerima vaksin agar di bantu dari segi urusan pendaftaran dan sebagainya dalam usaha memastikan seluruh rakyat menerima dos vaksin COVID-19 mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Susulan pengumuman daripada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Menteri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , satu program diberi nama MALAYSIA VACCINE SUPPORT VOLUNTEERS (MyVAC) akan dijalankan.

MyVAC merupakan inisiatif pendekatan menyeluruh kerajaan dan masyarakat atau ‘Whole-of-Society Approaches’, yang melibatkan pelbagai kementerian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mampu dilaksanakan dengan berkesan.

Ia selaras dengan usaha membendung serta menamatkan pandemik COVID-19 di Malaysia.

Justeru, Kami di Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan bersama-sama dalam PROGRAM MALAYSIA VACCINE SUPPORT VOLUNTEERS (MyVAC) yang diterajui oleh KBS ini.

Satu gerak kerja sukarelawan daripada Puteri UMNO akan diselaras bersama agensi-agensi lain yang terlibat.

Kami terus bantu rakyat, kami terus bantu ‘frontliners’ yang berjuang tanpa lelah melawan musuh tidak kelihatan ini.

Jom! Puteri! Jom kita bantu putuskan rantaian COVID-19.

DATUK ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia