PAU 2020 : Solidariti Ahli Parti Kukuhkan UMNO Menuju PRU- 15 – Mahdzir Khalid

ALOR SETAR, 18 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menekankan bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini menjadi medan utama kepada ahli parti dalam mengutuhkan parti menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, ini kerana perpaduan dalam kalangan ahli UMNO amat penting sebagai penanda aras untuk parti berhadapan dengan pilihan raya terutama dengan situasi politik negara yang tidak menentu.

“Perhimpunan agung ini boleh menjadi tempat di mana kita semua bangkit dengan penuh semangat… dengan penuh kesungguhan.

“Paling penting sekali adalah kita mempunyai solidariti yang kuat dalam parti UMNO untuk menghadapi pilihan raya dan juga menghadapi suasana politik pada waktu ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, setiap perwakilan yang hadir ke UMNO Bahagian-bahagian perlu menghayati intipati perbahasan untuk kepentingan parti.

“Saya juga berharap bahawa kita dapat mendengar dengan baik kerana jika seperti mana yang disebut oleh ramai orang bahawa tahun ini adalah tahun pilihan raya umum dan kita boleh bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

“Semua kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian-bahagian dan perwakilan dapat mendengar ucapan dasar daripada presiden parti.”

Tambahnya, walaupun persidangan kali ini berbeza berbanding sebelumnya akibat penularan wabak COVID-19 namun ianya bukan penghalang.

“Walaupun secara maya saya harap kita boleh menghayati perbahasan ini,” tegasnya lagi. – UMNO Online

PAU 2020: Solidarity the key to GE15 victory

ALOR SETAR, March 18 – UMNO Vice President Datuk Seri Mahdzir Khalid said the party General Assembly this time should act as the main arena for members strengthen UMNO in run-up to the 15th General Election.
He said this was because unity is an essence and a benchmark for the party to face the election amid the country’s political uncertainty.
“This general assembly can be a place where we all rise with enthusiasm and with determination. Most important to have strong solidarity in UMNO in facing the election and current political scenario,” he said when met recently.
Mahdzir, who is also the Member of Parliament for Padang Terap, said every delegate attending the division meeting should appreciate the essence of the debate for the benefit of the party.
“I also hope we can listen well since many people have expected general election be held this year. All UMNO leaders at the divisions and delegates level can hear policy speeches from the party president.”
He added that although this PAU will be from the previous one due to the spread of the COVID-19 epidemic, there is no excuse to deter it.
“Even virtually, I hope we can really listen to it,” he added.