UMNO Tak Boleh Digadai, Jati Diri Jadi Azimat Penguat Semangat

SAYA minta kita ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang.

Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan.

Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.

Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima.

UMNO tidak boleh digadai. UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.

UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.

UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.

Insya-Allah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan.

Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari.

Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak ‘alert’ rancangan mereka.

Saya ‘alert’. Saya malah ‘alert’ semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.

Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah.

Keazaman, keyakinan dan jati diri UMNO saudari saudari menjadi azimat penguat semangat.

DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
PRESIDEN