‘Sambung Yang Tergendala’ Rangka Jaminan Pekerjaan Lonjak Ekonomi Negara – Shahril Hamdan

SUNGAI SIPUT, 5 April – Kadar pengangguran yang membimbangkan mencetuskan satu siginifikan baharu dengan mewujudan program ‘Sambung Yang Tergendala’.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan, beliau berkata program ini bertujuan membantu individu yang mencari pekerjaan mendapat penempatan kerja dengan gaji yang sewajarnya, manfaat pekerjaan asas serta persekitaran kerja yang selamat.

“Kadar penggangguran mencatatkan angka yang paling buruk. Paling teruk dalam pembabitan kita dalam politik sejak krisis ekonomi asean, 1997 1998.

“Mencadangkan beberapa idea yang mungkin kita boleh bawa ke peringkat yg lebih tinggi untuk pada masa hadapan ke arah landasan yang betul. Konsep pertama program ini ditadbir, dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan yang juga turut dilaksanakan di peringkat negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kerajaan negeri dan PBT akan mengenalpasti pekerjaan- pekerjaan yang boleh disediakan,” katanya.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata di bawah skim ini pekerja akan menerima gaji dan faedah asas bersesuaian dengan kos sara hidup setempat.

Tambahnya, bank pekerjaan juga akan disediakan di setiap daerah dan mukim untuk menyenarai pekerjaan yang tersedia.

“One stop centre akan diwujudkan untuk penduduk tempatan memohon pekerjaan malah pekerja akan diberi latihan peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula semasa tempoh pekerjaan.

“Pekerja boleh bekerja di bawah skim ini selagi mereka mahu bekerja,” jelas Shahril.

Malah katanya, setiap pekerja di bawah skim ini juga tidak terikat dengan sebarang kontrak.

“Mereka dibenarkan berhenti sekiranya berjaya menemui kerja lain dengan gaji dan faedah yang lebih tinggi,” jelas beliau. –UMNO Online