MKT 25/4 Dan Demokrasi Yang Tergendala

Ramai pihak yang sentiasa memerhati perjalanan mesyuarat MKT, sepertimana juga liputan meluas berkenaan PAU.

2. Apapun spekulasi di luar sana, keputusan diambil atas semangat musyawarah dan bijaksana bagi memperjuang agenda rakyat dan parti. Dan apabila bercakap agenda parti pun, ia bukan atas pertimbangan kepentingan pemimpin atau ahli parti semata-mata, tetapi juga kerana kita percaya kepimpinan oleh UMNO adalah yang terbaik untuk Malaysia.

Apatah lagi dengan segala pembuatan dasar setelah melihat 22 bulan PH dan 14 bulan PN yang menimbulkan keresahan rakyat – antara lain seperti yang digariskan dalam kenyataan rasmi Setiausaha Agung UMNO.

3. Dalam mesyuarat tadi, ketetapan PAU 2020 dijulang, dan hasrat untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sejurus setelah situasi Covid-19 terkawal tetap menjadi keutamaan.

4. Tetapi semua ini menjadi tergendala selagi Parlimen ditutup dan darurat menjadi penghalang kepada proses semak dan imbang.

Jangankan soal membuktikan keabsahan majoriti Kerajaan PN, sedangkan bersidang pun tidak.

Jangankan hendak melulus perbelanjaan, sedangkan bersidang pun tidak.

Jika ada hujah mahu mengadakan pilihanraya kelak sebagai jalan keluar dari kemelut politik, itupun tidak mampu berlaku selagi Parlimen tak bersidang dan darurat terpakai.

5. Maka, antara keputusan utama mesyuarat tadi sepertimana terkandung dalam kenyataan rasmi – menggesa agar Parlimen dan DUN dibuka terlebih dahulu supaya demokrasi boleh dikembalikan ke tempat asalnya.

6. UMNO percaya selagi demokrasi berparlimen tergendala, selagi prinsip akauntabiliti dikesampingkan, selagi itulah pelabur menjauhi, selagi itulah ekonomi hambar, akibat pembuatan dasar negara tidak terurus seperti sediakala.

7. Sebarang ketetapan berkenaan kelangsungan pembabitan UMNO dalam Kerajaan PN pula akan diputuskan atas semangat musyawarah.

Apabila keputusan itu diambil, MKT yakin bahawa semua ahli parti termasuk yang menjadi anggota Kerajaan hari ini akan mematuhinya, sekaligus mempamerkan kesatuan tindakan dalam parti.

8. Dalam hal pemilihan parti, sekali lagi UMNO mengambil pendekatan komprehensif dan berhikmah yang memeriksa segala sudut sebelum menetapkan sebarang tarikh.

MKT memutuskan untuk mendapat panduan dari pihak berwajib berkenaan kaedah terbaik, mengambilkira kekangan SOP Covid-19.

Shahril Hamdan

MKT 25/4 and the disrupted democracy

MANY parties watch constantly our Supreme Council (MKT) meetings as it goes for the extensive coverage on PAU.
2. Whatever the speculation is out there, the decision is taken in the spirit of deliberation and wisdom to fight for the people and the party. And when it comes to the party’s agenda, it is not based on the interests of leaders or party members alone but of our believe a leadership by UMNO is the best for Malaysia.
Not to mention all the policy-making after seeing 22 months of PH and 14 months of PN that caused concern among the people – among others as outlined in the official statement of UMNO Secretary General.
3. In the previous meeting, the PAU 2020 resolution was raised, and the desire to return the mandate to the people as soon as the Covid-19 situation is under control remains a priority.
4. But all this were disrupted when Parliament is suspended and the emergency becomes an obstacle to the check and balance process.
Not to mention the question of proving the legitimacy of the PN Government.
If there is an argument that they want to hold elections later as a way out of political turmoil, even that cannot happen when Parliament is not in session and emergency applies.
5. So, one of the main decisions of the meeting was as contained in the official statement – urging that Parliament and the State Assembly sittings resume for democracy returns.
6. UMNO believes that as long as parliamentary democracy is disrupted, principle of accountability is set aside, investors stay away and the economy remains sluggish, no policy of whatsoever can be managed properly.
7. Any decision on the continuation of UMNO’s involvement in the PN government will be decided in the spirit of deliberation.
When decision is taken, the Supreme Council is confident that all party members, including those with the Government today, will abide by it, thus displaying unity within the party.
8. As for party elections, once again UMNO takes a comprehensive and wise approach that look into all angles before setting any date. MKT decided to seek guidance from the authorities on the best method, taking into account the constraints under Covid-19 SOP.
SHAHRIL HAMDAN
Information Chief