Segerakan RCI Siasat Pendedahan Bekas Peguam Negara Dan Bekas Ketua Polis Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan ketetapan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendesak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan adalah amat serius terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga akan meminta menteri-menteri yang mewakili UMNO untuk membawa saranan ini kepada kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan.

“Penubuhan RCI bagi tujuan di atas boleh disekalikan dan harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap insitusi dan sistem yang membentengi Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara,” katanya. – UMNO ONLINE

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?
Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download

RCI must take prompt action on ex-DG, ex-IGP allegations

KUALA LUMPUR, May 7 – UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seconded Pemuda call on the government to set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate allegations by former Attorney-General Tan Sri Tommy Thomas and ex-IGP Tan Sri Hamid Bador.

“The revelation by both who had led respective organisation in the government are very serious, notably where politics and graft were involved as this organisations are the frontliners in upholding the virtue of Constitution, Judiciary and Security,” he said in a statement.

He urged UMNO ministers keep pressing the government to speed up its formation.

“The RCI can combine for both cases since this is paramount to regain the people’s trust on the Judiciary and National Security,” he said.