Kerajaan Gagal Lucut Wang Tunai RM114 Juta Didakwa Milik UMNO, Najib

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta, yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata pemohon gagal membuktikan wang berjumlah RM114,164,393.44 yang disita adalah hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, status quo wang berjumlah RM114,164,393.44 tidak diputuskan apabila hakim itu tidak mengeluarkan sebarang perintah sama ada wang berkenaan, yang kini berada dalam simpanan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu dikembalikan kepada pemilik asal.

UMNO dan Najib merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44. – BERNAMA

Government fails to forfeit RM114m from Umno, Najib

KUALA LUMPUR, May 20 – The government today failed in an application to forfeit RM114 million in cash which was seized from a premises belonging to Obyu Holdings Sdn Bhd allegedly owned by UMNO and former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
This is following the decision of High Court Judge Datuk Muhammad Jamil Hussin who rejected the prosecution’s application as the applicant to forfeit the money seized by the police at Pavilion Residence on May 17, 2018.
In his judgment, Muhammad Jamil said the applicant failed to prove the RM114,164,393.44. was from money laundering activities.
However, the status quo of the money amounting to RM114,164,393.44 was not decided when the judge did not issue any order on whether the money, which is currently in the custody of Bank Negara Malaysia (BNM) should be returned to the original owner.
UMNO and Najib are the third parties in the application. Any third party claiming to have an interest in the seized goods may appear in court to present reasons why the goods should not be forfeited by the government.
In 2019, the prosecution filed a forfeiture application against Obyu Holdings to forfeit the rights of goods comprising 11,991 units of jewelery, 401 watch straps and 16 watch accessories, 234 pairs of spectacles as well as 306 handbags and cash amounting to RM114,164,393.44. –  BERNAMA