PKP Secara Penuh, Tujuh Prasyarat Yang Perlu Kerajaan Buat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Dengan kes COVID-19 sudah meningkat kepada 6,075 kes hari ini, apa pandangan semua jika kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh sebagaimana PKP 1.0, tanya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Soalnya di dalam satu hantaran di Facebook, adakah rakyat setuju dengan tujuh prasyarat PKP secara penuh yang diutarakannya.

Berikut merupakan tujuh prasyarat:

1. Semua wajib tutup bukan pilih-pilih seperti sekarang. Kilang-kilang besar dibenar operasi walaupun ternyata menjadi penyumbang terbesar kepada pandemik, sedangkan peniaga dan penjaja kecil seperti di bazar pula yang ditekan untuk tutup operasi.

2. PKP juga bermakna kerajaan perlu pertimbangkan Bantuan Khas kepada rakyat di semua peringkat dan dari segenap sektor yang terjejas kerana hakikatnya majoriti rakyat yang bekerja sendiri bahkan yang hilang pekerjaan antara yang paling terkesan bahkan lebih teruk berbanding PKP 1.0.

3. Kerajaan wajar guna kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk menggesa institusi perbankan dan kewangan menawarkan moratorium selama sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan bagi meringankan bebanan rakyat.

4. Jangan ada lagi dwi-standard dalam penguatkuasaan mahupun pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan PKP hingga terbentuk persepsi wujud perbezaan tindakan terhadap golongan ‘kayangan’ dengan ‘marhain’.

5. Lebih baik rasa perit untuk satu tempoh singkat termasuk menutup sektor ekonomi yang terbukti menjadi penyumbang kepada penyebaran wabak, berbanding berterusan rasa payah berulang-ulang akibat pendekatan PKP yang ditanggapi ‘separuh masak’.

6. Kebimbangan terjejasnya ekonomi jika ‘Total Lockdown’ ada asasnya, tetapi keperluan untuk tangani Pandemik COVID-19 lebih mendesak. Ada kalanya kita tidak boleh mengharapkan untuk mencapai dua keadaan ideal pada satu masa.

7. Lebih baik kita utamakan tangani COVID-19 sehingga ke tahap sangat minimum daripada berterusan mengenakan perintah PKP ‘separuh masak’ yang lebih menyukarkan usaha memulihkan ekonomi untuk jangka panjang. – UMNO ONLINE

Seven prerequisites to full MCO – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, May 20 – With COVID-19 cases increasing to 6,075 cases today, what is everyone’s view if the government declares a full Movement Control Order (MCO) similar to MCO 1.0, asked Youth Chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
In his FB posting, he underlined seven prerequisites of the full MCO.
1. All sectors to close instead of being selectives like now. Large factories were allowed to operate despite the fact that they were the biggest contributors to the pandemic while small traders and hawkers such as bazaars were pressured to close operations.
2. PKP also means that the government needs to consider special assistance to the people and affected sectors due to the fact that the majority of self-employed lost their jobs, even worse than MCO 1.0.
3. The government should use the power under the Emergency Ordinance to urge banking and financial institutions to offer a moratorium for at least another three months to ease the burden of the people.
4. There should be no more double standards in enforcement or compliance with standard operating procedures (SOP) and MCO that led to a perception that there is a difference between ‘celebrities’ and ‘the commoners’.
5. It is better to sacrifice in a short period by closing down economic sectors that have proven to be a contributor to the spread of the epidemic rather than having to suffer continuously under the adverse impact of a ‘half-baked’ MCO.
6. We are concerns of the economic downturn if ‘Total Lockdown’ is enforced but tackling the pandemic is even more urgent. There are times when we cannot expect to achieve two things at one time.
7. It is better for us to prioritize tackling Covid-19 rather than imposing ‘half-baked’ MCO that makes life more difficult in the long run.