Lebih 95 Ribu Syarikat Dibenarkan Operasi, Menteri MITI Perlu Jelaskan Tujuh Persoalan Asas

95,142 syarikat dengan aggaran 1.2 juta pekerja sudah mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk terus beroperasi dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN.

Tujuh Persoalan Asas dan Mendasar berikut perlu mendapat penjelasan tuntas oleh Menteri bertanggungjawab kepada MITI iaitu YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Azmin Ali:

1. Apakah asas dan justifikasi sebanyak itu syarikat dibenarkan beroperasi dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN?

2. Apakah benar semua ini termasuk di bawah kategori ESSENTIAL SERVICES atau Sektor Perkhidmatan Berkeperluan?

3. Ada yang berkongsi maklumat dengan Pemuda UMNO, syarikat dan kilang tempat mereka bekerja yang terbabit dalam perusahaan mainan kanak-kanak, perabut yang tiada kaitan dengan Essential Services juga mendapat kebenaran beroperasi.

4. Semenjak semalam juga tular surat kelulusan untuk kilang arak terkemuka iaitu Carlsberg juga mendapat kebenaran beroperasi? Apakah kaitan minuman keras dengan Essential Services sehingga mendapat pengecualian dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN ini?

5. Apa sebab tiba-tiba berlaku U-Turn di saat akhir kelmarin, untuk memberikan kuasa mutlak kepada MITI sedangkan Menteri umumkan untuk mengagihkan kepada semua Kementerian bagi meneliti setiap permohonan?

6. Apakah MITI sudah menjadi Agensi Pusat (Central Agency) yang menyelaraskan semua aktiviti dan operasi ekonomi negara?

7. Apakah MITI cukup tenaga kerja dan sistem yang berintegrasi untuk menguruskan apa jua keputusan-keputusan besar dan penting yang melibatkan perubahan SOP dalam pengurusan ekonomi dan pandemik yang melanda negara ketika ini?

Semua persoalan di atas amat penting bagi memastikan keberkesanan TOTAL LOCKDOWN yang dilaksanakan bermula hari ini.

Rakyat sudah banyak berkorban, pasrah dan rela untuk menghadapi tindakan tegas kerajaan mengenakan TOTAL LOCKDOWN untuk tempoh 14 hari.

Namun Rakyat mengharapkan biarlah TOTAL LOCKDOWN yang betul-betul ketat supaya ‘once and for all’ kita dapat putuskan rantaian pandemik COVID-19 ini dan tidak perlu untuk berterusan dikenakan perintah PKP separa masak – sekejap ketat, sekejap longgar, yang berterusan tanpa kesudahan. #SusahSekaliBukanBerkaliKali.

Kesan ekonomi lebih parah jika kita berterusan melaksanakan PKP yang separa masak berbanding pengalaman banyak negara-negara maju lain yang fokus TOTAL LOCKDOWN secara menyeluruh dan mampu memulihkan dan melonjakkan kembali ekonomi negara.

Bersetujukah semua dengan pandangan ini? – UMNO ONLINE

#PemudaJurubicaraRakyat
#SusahSekaliBukanBerkaliKali

DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Azmin Ali must answer this seven questions

 

A TOTAL of 5,142 companies with an estimated 1.2 million employees have obtained permission from the Ministry of International Trade and Industry (MITI) to continue operating during the TOTAL LOCKDOWN period.
The following seven basic and fundamental questions need to be explained by minister Datuk Seri Azmin Ali:
1. What is the basis and justification for allowing those companies operate during period?
2. Is it true that all this falls under the category of ESSENTIAL SERVICES?
3. According to information, some companies and factories are involved in toys making and furniture that is not related to Essential Services.
4. Since yesterday, did the letter of approval for liqqour factory, Carlsberg also get permission to operate? What does liquor have to do with Essential Services?
5. What was the reason for the sudden U-Turn at the last minute yesterday, to give absolute power to MITI when the minister announced to distribute to all ministries to scrutinize every application?
6. Is MITI already a Central Agency that coordinates all economic activities and operations of the country?
7. Does MITI have enough manpower and integrated systems to manage any major and important decisions involving SOP changes in economic management and the pandemics plaguing the country?
All this questions need immediate answer because its important to ensure the effectiveness of the lockdown. The people have sacrificed a lot during this 14-day period.
Readers, do you second this view?
DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Youth Chief