BN Tambah Kekuatan Jentera Bantu Pendaftaran Vaksin, Dr Zambry Abd. Kadir SUA BN Baharu

Barisan Nasional telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada malam ini, 8 Jun, 2021 yang diadakan secara maya (online). la telah dihadiri oleh kesemua empat parti komponen – UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN telah dibentangkan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember, 2020.

Dewan Tertinggi BN juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu pendaftaran vaksin khususnya warga emas, OKU dan penduduk di kawasan pedalaman. Dewan Tertinggi juga menyeru semua pihak agar mematuhi SOP bagi pengawalan penularan Covid-19 yang sangat membimbangkan pada ketika ini.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional sebulat suara bersetuju melantik YB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd. Kadir sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional yang baharu.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional juga telah sebulat suara bersetuju melantik YAB Dato’ Seri Azlan bin Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Perlis yang baharu.

DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

Dr Zambry Kadir is new BN’s secretary-general

BARISAN Nasional held its AGM virtually tonight (8 June 2021) and participated by all four component parties, namely Umno, MCA, MIC and PBRS.

Among others, its Supreme Council has unanimously appointed Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir as the new secretary-general and adopted the annual and financial reports ended 31st December 2020.

It also decided to strengthen party machineries in every State to speed up vaccination process, especially for the aged, remote areas and the disabled.

The meeting called for full cooperation from Malaysians to abide by the SOP and help to contain the Covid-19 pandemic.

Meanwhile, the coalition unanimously appointed Dato Seri Azlan Man as chairman for Perlis BN working committee.

DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

BN Chairman