Jangan Tertipu Propaganda PH Gambarkan ‘Kejayaan’ Tadbir Negeri – Shahril

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berharap rakyat terutama di negeri Johor tidak tertipu dengan helah dan dakwaan parti yang pernah mentadbir kerajaan negeri menggambarkan kejayaan mereka dalam melakukan tadbir urus.

Katanya, penceritaan mereka itu lebih bersifat memilih dan tidak menjelaskan secara keseluruhan.

“Tular satu poster report card di mana Pakatan Harapan (PH) memutarbelit fakta laporan Ketua Audit Negara untuk menunjukkan seolah-olah mereka la yang terbaik menguruskan kewangan negeri Johor.

“Mereka menggunakan Jabatan Audit Negara (JAN), laporan penyata kewangan secara pilih-pilih tanpa ceritakan segalanya dengan harapan kita rakyat terutama pengundi Johor tidak membaca keseluruhan semoga tidak tertipu dengan propaganda ini, “ katanya menerui satu hantaran video di Facebook.

Jelas beliau, dapatan daripada JAN tidak unik hanya kepada kerajaan negeri Johor di bawah PH sebagai contoh tahun yang sama kerajaan negeri Perlis dan Pahang, kumpulan wang disatukan tidak tinggi di bawah PH tetapi paling tinggi sebenarnya pada 2016 iaitu ketika ditadbir BN.

“Report penyata kewangan kerajaan negeri Johor 2019 di mana ia disebut 2016 reserve tunainya RM2.663 bilion lebih tinggi daripada 2018 dan 2019 sebenarnya kalau ikut logik PH zaman BN la paling bagus kerana dapat reserve tunai paling tinggi.

“Akaun hasil disatukan pada 2016 sejumlah RM119.07 juta sekali lagi kalau ikutkan zaman BN is the best ini mereka bangga juga la peningkatan hasil 13 peratus dan sebagainya. apa yang mendorong peningkatan itu.

Menurut Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu lagi melalui semakkan penyata kerajaan negeri Johor pada 2019 disebut peningkatan hasil antara lain disumbangkan balik bayaran nilai tersebut yang didahulukan kerajaan negeri bagi pembayaran projek bekalan air mentah yang berbentuk set off hutang kerajaan persekutuan dikreditkan sejumlah RM100 juta.

Katanya peningkatan hasil tersebut disebabkan bayaran balik daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri bukannya disebabkan kecekapan pengurusan kewangan.

Tambah beliau, selain itu peningkatan yang disebut dan dibanggakan kerana hasil penjualan premium tanah daripada RM260 juta kepada RM160 juta hasil daripada jualan tanah oleh kerajaan negeri.

“Sekali lagi kalau dia hendak bandingkan kita pun perlu buat juga pada zaman BN antara yang disebut dalam penyata kewangan 2017 bagi prestasi projek fizikal Rancangan Johor 5 Tahun (RJ5T) juga adalah sangat baik iaitu daripada 4,389 projek yang telah diluluskan 4,040 projek iaitu 92 peratus telah berjaya disiapkan,” ujar beliau.

Katanya lagi PH ketika mentadbir Johor hutang yang sama juga telah dijelaskan dalam penyata kewangan bahawa penurunan ini disebabkan bayaran balik sebahagian balik pinjaman daripada keraajaan persekutuan secara set off berjumlah RM100 juta.

“Selain itu penurunan hutang awam 2019 juga adalah disebabkan oleh hapus kira pinjaman projek air luar bandar kerajaan negeri dan persekutuan berjumlah RM189.39 juta jadi hutang dan tunggakan kerajaan negeri Johor bawah PH bukan sebab dia bayar balik tapi disebabkan hutang perbekalan balik itu dihapuskan atau diset off oleh persekutuan,” katanya. – UMNO Online