Zahid Tegaskan Tiada Rundingan Dengan GRS Untuk Persetujuan Kerajaan Bersama PN

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Kata Ahmad Zahid, tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

“Dalam pada itu, kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan Kerajaan.

“Sehubungan ini, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi. – UMNO Online