Semua agensi siap sedia hadapi banjir – TPM

SEMUA agensi kerajaan diarah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di beberapa negeri bulan ini dan awal tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengumumkan di Putrajaya semalam, beliau berkata mereka juga dikehendaki sentiasa peka dengan laporan cuaca semasa oleh pihak berkuasa.

Antara langkah segera, katanya, ialah menyediakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan yang dijangka paling teruk dilanda musibah itu.