PAU terima semua cadangan, kata Zahid

PERHIMPUNAN Agung pada 11-14 Januari depan akan menerima apa sahaja cadangan ahli mengenai usaha yang dapat memperkukuhkan parti, kata presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas kenyataan Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun depan, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata Umno akan meluluskan apa sahaja pandangan yang baik untuk parti.

“Kita terima apa sahaja saranan dan syor yang baik untuk parti.”