Zahid ucap tahniah kepada Unit Tindakan Khas

TIMBALAN Perdana Menteri dan president Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-48 Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia.

Katanya, UTK sudah membuktikan khidmat cemerlang kepada PDRM dalam mengukuhkan benteng keselamatan negara dan menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

“Semoga mereka memberikan khidmat lebih baik lagi kepada negara dan rakyat pada masa depan,” katanya.