Ketua penerangan jadi pemerhati PAU

SETIAUSAHA Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang berlangsung empat hari mulai 11 hingga 14 Januari  di WTC akan menyaksikan kehadiran semua ketua penerangan selaku pemerhati khas.

Pada sidang akhbarnya semalam, beliau berkata ini kerana ketua penerangan memainkan peranan penting di bahagian masing-masing dalam memberikan penjelasan di peringkat akar umbi berkenaan PAU.

“Kelainan pada PAU ini ialah pemerhati bertambah apabila ketua penerangan menyertainya.

“Kenapa hendak jadikan mereka sebagai perwakilan automatik? Ini kerana apabila mereka pulang segala ucapan dasar dan perwakilan negeri, sayap yang mereka dengar itu dijadikan bahan oleh ketua penerangan empat peringkat Wanita, Pemuda, Puteri dan bahagian untuk dijelaskan di bahagian masing-masing,” katanya.