Raptai PAU berlangsung penuh meriah

RAPTAI penuh perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 telah berlangsung di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pagi tadi.

Seperti kelaziman kemeriahan sambutan menyaksikan perbarisan oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia dan Skuad Sabil dari Pergerakan Pemuda UMNO serta iringan lagu ’Inilah Barisan Kita’ untuk menyambut kedatangan Presiden.

Raptai bermula seawal 7.30 pagi itu dikendalikan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan bermula dengan upacara menaikkan bendera sayap-sayap UMNO disusuli nyanyian lagu parti ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Selain raptai di Plaza Merdeka, raptai dalam dewan juga akan diadakan pada jam 10.30 pagi membabitkan persidangan ketiga-tiga sayap pergerakan dan perasmian perhimpunan agung di Dewan Merdeka.