Tiada parti dijemput hadiri PAU: Ahmad Maslan

TIADA parti politik selain komponen Barisan Nasional dan Friends of BN dijemput menghadiri persidangan agung Umno yang bermula Rabu ini (11 Januari).

Menurut Setiausaha Agung, Ahmad Maslan ini tidak bermakna Umno tidak bersahabat dengan mereka tetapi biarlah kali ini masalah dalam diberi perhatian serius.

“Setakat ini, begitulah keputusan kami, kecuali ia berubah sehari dua ini,” katanya di Kuantan, Pahang, semalam.