Asyraf Wajid tidak pertahankan jawatan

KETUA Pemuda, Asyraf Wajdi Dusuki tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Dalam ucapannya di PAU, beliau memohon maaf kepada semua perwakilan di atas salah silapnya sepanjang menjawat jawatan itu.

“Saya telah cuba sedaya upaya dan sudah berkorban segalanya. Biarlah kita bangkit semula dan bersama.”