Pemilihan bukti kematangan, kata Norliza

NAIB Ketua Wanita, Norliza Abdul Rahim menyifatkan pemilihan parti kali ini lebih mencerminkan kematangan berfikir ahli di peringkat akar umbi dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak.

Bercakap di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, beliau berkata ahli makin cerdik melihat keadaan dalaman parti selepas dua kekalahan berturut-turut dalam pilihanraya umum lalu.

“Sudah sampai masanya ahli memilih pemimpin yang terbaik untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.