Sukarelawan Umno sertai misi bantuan Syria

SUKARELAWAN Umno turut menyertai misi bantuan mangsa gempa bumi Syria apabila berlepas dari pangkalan udara TUDM Subang, Sabtu lalu.

Dengan dua pesawat A400 TUDM, mereka menyertai anggota tentera pelbagai pangkat dan wakil media.

Mereka tidak pergi ke Damsyik kerana masalah keselamatan tetapi bercadang menurunkan kargo di Amman, Jordan, bergantung kepada rancangan yang diatur oleh Wisma Putra.