Armand dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti

KETUA Umno Subang, Armand Azha Abu Hanifah dipanggil memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin, esok (Khamis).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang ingin bertanding jawatan Ketua Pemuda itu mengesahkannya semalam tetapi beliau berkata tidak diberitahu akan sebabnya.

“Saya tak tahu, cuma dipanggil beri penjelasan di atas berapa laporan. Laporan apa, saya tak tau.

“Bagaimanapun, saya sedia akur kepada arahan Lembaga,” katanya.