Belum ada lawan untuk 3 naib presiden

SETAKAT hari ini, Umno tidak menerima sebarang pencalonan dari mana-mana pihak untuk bertanding kerusi naib presiden.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Shahrir Samad berkata tidak ada sesiapa setakat ini mengemukakan kertas pencalonan.

Tiga naib presiden sekarang ialah Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri Yaakob.