Saya takkan merayu, kata Hishammuddin

BEKAS Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengulangi pendiriannya tidak akan merayu penggantungan keahliannya dalam parti.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata telah memutuskan hal itu sungguhpun ada cadangan daripada Umno Johor supaya beliau membuat rayuan.

“Saya tak akan merayu. Apa sebabnya? Kerana saya tak tahu sebabnya saya digantung, betul tak? Sampai hari ini kita tidak tahu apa sebabnya saya digantung. Jadi nak rayu apa?

“Saya digantung tak ikut proses, tak ikut prosedur. Saya tak diminta untuk jawab kepada Lembaga Disiplin. Tak ada surat dikeluarkan Lembaga Disiplin untuk sekurang-kurangnya panggil saya jawab secara bertulis, tak ada,” katanya menerusi akaun TikToknya, semalam.