Kerajaan bincang pembahagian kerusi PRN

PEMBAHAGIAN kerusi Dewan Undangan Negeri dengan parti di bawah Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, telah mula dibincangkan namun belum dimuktamadkan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap di Putrajaya hari ini, Zahid Timbalan Perdana Menteri berkata persediaan enam negeri ke arah PRN juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.