Pencalonan tutup hari Ahad, 26 Februari

SETIAUSAHA Agung, Ahmad Maslan mengingatkan ahli-ahli Umno yang berminat bertanding pada pemilihan parti sesi 2023-2026 bahawa tarikh akhir penghantaran borang pencalonan ialah pada hari Ahad ini, 26 Februari jam 5.00 petang.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian ketika melawat lokasi penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan peringkat pusat di Auditorium Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, semalam.