Umno mahu keputusan PRU15 Putrajaya dibatalkan

SEORANG pengundi Putrajaya memfailkan petisen bagi memohon mahkamah membatalkan keputusan pilihanraya umum ke-15 bagi kerusi Parlimen itu kerana mendakwa pemenangnya, Radzi Jidin dari parti Perikatan Nasional telah merasuah pengundi berdaftar.

Naib ketua Umnonya, Ahmad Faisal Abdul Karim, 49, memfailkannya permohonan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Januari melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dengan menamakan Radzi, 45, sebagai defendan.

Beliau mendakwa bahawa Radzi yang menang dalam PRU15 pada 19 November tahun lalu, memberi rasuah RM150 seorang kepada pengundi berdaftar bagi memperolehi sokongan mereka.