121 calon rebut jawatan tertinggi parti

LAPAN calon akan merebut jawatan tiga naib presiden Umno, termasuk penyandang Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid.

Enam lagi calon ialah Azalina Othman Said, Reezal Merican Naina Merican, Johari Abdul Ghani, Wan Rosdy Wan Ismail, Hasni Mohammad dan Mohd Yusof Musa@Jamaludin.

Seramai 95 layak bertanding kerusi Majlis Kerja Tertinggi, termasuk Setiausaha Agung Ahmad Maslan, Jalaluddin Alias, Dr Zambry Abd Kadir dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jawatan Ketua Pergerakan Wanita pula menyaksikan persaingan satu lawan satu antara penyandangnya Dr Noraini Ahmad dan veteran Umno Shahrizat Abdul Jalil. Naib ketua pula antara Rosni Zahari dan penyandangnya, Norliza Abdul Rahim.

Jawatan Ketua Pemuda menyaksikan perebutan antara empat calon iaitu Mohd Shahar Abdullah, Dr Muhamad Akmal Saleh, Armand Azha Abu Hanifah dan Meor Hassan Mat Ali. Timbalan ketua menyaksikan empat calon termasuk anak bekas Perdana Menteri iaitu Mohd Nazifuddin Mohd Najib dan Mohd Hairi Mad Shah.

Ketua Puteri membabitkan Nurul Amal Mohd Fauzi, Khaidhirah Abu Zahar dan Nurul Hazwani Mohd Fauzi manakala naibnya menyaksikan pertandingan tiga pejuru.