Kelantan akan bincang agihan kerusi PRN

UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata pihaknya setakat ini masih belum mengadakan perbincangan pada peringkat negeri sama ada berhubung pengagihan kerusi dan jawatankuasa bersama.

“Di Kelantan, kita fikir biarlah selesai dahulu pemilihan parti di peringkat bahagian kerana apabila selesai pemilihan berkenaan sudah tentulah akan terbentuk kepimpinan baharu UMNO di peringkat negeri,” katanya di Machang, semalam