Tolak calon proksi, kata Zahid Hamidi

PRESIDEN party, Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli agar menolak ‘calon proksi’ pihak tertentu dalam pemilihan Umno.

Katanya, mungkin ada pihak yang mengetengahkan proksi masing-masing kali ini.

“Saya minta perwakilan menolak mereka kerana kita mahukan pasukan yang kuat dalam Umno,” katanya dalam wawancara menerusi NRChannel TV ‘Jawab, Saya Tanya’, baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pemilihan kali ini berjalan dengan baik berdasarkan laporan pengerusi jawatankuasa pemilihan.

“Tak sampai 20 aduan diterima setakat ini daripada 578 mesyuarat seluruh negara, dan saya rasa kurang 50 peratus daripadanya ada isu tertentu.”