TKM Sabah, Shahelmey digantung 6 tahun

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan Timbalan Ketua Menteri III Shahelmey Yahya digantung keahlian selama enam tahun.

“… dia kena gantung selama enam tahun…,” katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut perkara itu ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Bahagian Umno Kinabatangan semalam.

Shahelmey pula berkata sehingga kini, beliau masih belum menerima apa-apa makluman rasmi daripada parti mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Putatan itu berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan sedemikian dikenakan terhadap beliau.