Dua Naib Presiden baharu, Khaled kekal

BARISAN Naib Presiden Umno menyaksikan penampilan dua muka baharu selepas mereka masing-masing berjaya meloloskan diri untuk mengisi tiga tempat bagi perebutan jawatan itu pada pemilihan kali ini.

Setakat jam 4 pagi tadi, dua muka baharu iaitu Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan, Johari Abdul Ghani sudah melepasi garisan undi kemenangan berdasarkan keputusan diperoleh dari 159 bahagian.

Seorang lagi adalah penyandang jawatan itu yang juga Pengerusi Perhubungan Johor yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Mohamed Khaled Nordin, turut mengesahkan kemenangannya.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang memperoleh 111 undi daripada 189 bahagian yang bersidang semalam, diikuti Khaled dengan 100 undi dan 93 undi dimiliki Johari.