Asyraf SUA baharu, Azalina ketua penerangan

UMNO melantik Asyraf Wajdi Dusuki sebagai setiausaha agung yang baru, menggantikan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Perundangan), Azalina Othman Said pula dilantik ketua penerangan menggantikan Isham Jalil.

Ia diumumkan oleh presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.