Tengku Zafrul dilantik bendahari Umno Selangor

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Bendahari Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.

Badan Perhubungan Negeri dalam kenyataan memaklumkan Pengerusinya Megat Zulkarnain Omardin turut melantik Abdul Mutalif Abdul Rahim sebagai Setiausaha Badan Perhubungan dan Dr Mohd Zaidi Md Zain sebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan itu dibuat semasa mesyuarat pertama Badan Perhubungan negeri itu semalam, selepas pemilihan parti selesai pada 18 Mac lepas.