‘Umno perlu atasi pengaruh PAS dan Bersatu’

VETERAN DAP, Lim Kit Siang berkata beliau harap Umno akan dapat membantu kerajaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada enam pilihanraya negeri tidak lama lagi.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Iskandar Putri itu berpendapat jika bekas PM Najib Razak mendapat pengampunan, ia akan berlaku sebaliknya.

“Saya hanya mahu Kerajaan Perpaduan terus berkuasa, begitu juga saya ingin melihat Umno menjadi lebih berpengaruh daripada PAS dan Bersatu,” katanya.