Mungkinkah Warisan kerjasama dengan Umno?

KEHADIRAN beberapa pemimpin Warisan di rumah terbuka Umno di Kota Kinabalu semalam memberi banyak petanda sama ada ia akan bekerjasama dengan Umno.

Antara yang kelihatan ialah naib presidennya Jaujan Sambakong and Junz Wong, setiausaha agung Loretto Padua serta timbalan presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Wetrom Bahanda.

Ia dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan pengerusi perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin.

Zahid turut menyebut kehadiran pemimpin Warisan dalam ucapannya.

Ketika ditanya kemudian, Zahid menafikan desas-desus itu dan sebaliknya berkata wakil GRS sebelum itu pernah menghadiri acaranya di MRSM Kinarut.