Zahid nafi kempen ‘Umno Cintakan DAP’

DAKWAAN bahawa Umno akan melancarkan kempen ‘Cintakan DAP’ adalah bersifat fitnah, kata presiden Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap di Lenggong, Perak, Timbalan Perdana Menteri itu menyifatkannya sebagai perbuatan jahat serta khianat.

“Mereka yang menyebarkannya di laman FB patut menghentikannya dan bertaubat kerana menabur fitnah,” katanya.

Terdahulu, satu poster digital memaklumkan bahawa Zahid akan melancarkan kempen ‘Umno Cintakan DAP’ tidak lama lagi.