Tajuddin harap ada ‘berita gembira’ buatnya

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Tajuddin Abdul Rahman berharap akan menerima khabar positif berhubung rayuan pergantungannya sebagai ahli Umno.

Bercakap di Pasir Salak, beliau meletakkan harapan yang besar terhadap keputusan rayuan itu bagi meneruskan perkhidmatannya atas tiket parti itu.

“Terima kasih kepada kenyataan Presiden Umno, (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi yang memberi gambaran yang elok mengenainya, serta akan membawanya ke mesyuarat MKT.”