PRN: Umno, PH Pulau Pinang akan bertemu lagi

PAKATAN Harapan (PH) dan Umno Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat kedua minggu depan bagi meneruskan perbincangan mengenai isu pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau berharap mesyuarat kedua itu akan membuahkan hasil dengan mendapat persetujuan kedua-dua pihak berhubung hal-hal berkaitan PRN.

”Kita masih belum tetapkan (tarikh mesyuarat), namun dalam masa terdekat. Kita pun tidak ada masa lagi, mungkin minggu ini atau minggu depan,” katanya di Georgetown, hari ini.

Pada 2 Mei lalu, Umno dan PH Pulau Pinang mengadakan pertemuan buat pertama kali bagi membincangkan mengenai soal pembahagian kerusi dan isu-isu berkaitan PRN.