Sokongan 148 Ahli Parlimen masih padu

SOKONGAN semua 148 Ahli Parlimen kepada kerajaan sekarang masih utuh, kata Setiausaha Agung Asraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang juga ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan juga menafika dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak seteguh mana dan boleh tumbang bila-bila masa.

“Ini bukannya kerajaan ‘one man show’. Kita berbincang di kalangan semua parti dalam kerajaan hampir setiap minggu,” katanya pada sidang akhbar di Menara Dato Onn.

Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman sebagai berkata wujud satu pakatan untuk menggulingkan kerajaan yang ada apabila pembangkang sudah memperolehi sokongan 126 Ahli Parlimen.