Anwar hargai sumbangan Zahid dan MP BN

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyertai Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Perpaduan.

Berucap di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di World Trade Centre, semalam, Anwar berkata kerana itulah Zahid perlu diberi pengiktirafan kerana sumbangannya.

“Jika bukan kerana Zahid dan Ahli Parlimen BN, sejarah kita akan tertutup,” katanya disambut oleh tepukan gemuruh hadirin.