Jangan paksa ahli Umno undi DAP – Isham

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil memberi amaran sokongan yang mampu diraih parti itu akan terhakis jika pemimpinnya berterusan membuat desakan melampau kepada ahli mereka untuk mengundi calon DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Meskipun Umno sudah dengan DAP dalam membentuk Kerajaan Perpaduan, beliau mengakui kesempatan itu dikatakan mampu memberi kelebihan kepada parti berkenaan.

Namun begitu, beliau berkata, dalam masa yang sama hati akar umbi Umno juga masih perlu dijaga.

“Kita tak boleh hilang undi asas kita. Kita nak kejar undi orang, undi sendiri hilang, kita habis nanti.

Kita jangan terlampau cepat untuk jadi apologist DAP sebab penyokong kita melihat,” katanya menerusi video yang dikongsi menerusi Facebook.

Mengulas lanjut mengenai PRN nanti, Isham yang juga bekas ketua penerangan UMNO, menyifatkan pilihan raya bagi enam negeri tidak lama lagi, begitu mustahak kerana ia ibarat isyarat kepada Kerajaan Perpaduan.