Isa Samad kembali ke pangkuan Umno

SETIAUSAHA Agung, Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Abdul Samad menyertai semula Umno selepas keluar daripada parti itu pada tahun 2018.

Katanya, perkara itu telah diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

” Ya… ia diputuskan oleh Majlis Tertinggi semalam,” katanya di Seremban.