Umno undang PM, semua ketua parti ke PAU

PERDANA Menteri, Anwar Ibrahim dan semua presiden parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno yang dijadual berlangsung pada 7 hingga 10 Jun ini.

Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan ia sebagai sejarah buat parti berkata Anwar dijadual akan menghadiri perhimpunan berkenaan namun tidak akan memberikan ucapan.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berucap…beliau menjadi tetamu kehormat kami. Agenda hanya ucapan dasar presiden,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Umno, di sini, hari ini.